Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Masjid_Jamek

Lokasi

Stesen ini dibina di sebelah utara persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Melaka serta di atas Jalan Tun Perak yang juga menyeberangi Sungai Klang. Terdapat pelbagai ibu pejabat bank di sekitar stesen ini seperti Menara OCBC, Menara HSBC, Menara UAB, Menara Bank Muamalat, Bangunan Chartered Bank, Menara Maybank dan Menara CIMB. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Dataran Underground, Kelab Diraja Selangor, Bangunan Sultan Abdul Samad, bekas Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Muzium Tekstil Negara, Panggung Bandaraya DBKL, bagunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Bagunan Suhakam, Bagunan Oriental, Hotel Pacific Express, Wisma Maran, SEGi College Kuala Lumpur, Katedral St John, SMK St. John (L), pusat membeli-belah Mydin Kotaraya, Muzium Telekom dan Bangunan TM Jalan Raja Chulan.

Pelan stesen

L1
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
AG/SP Arah Timur3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Plaza Rakyat)

4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Plaza Rakyat)

AG/SP Arah Barat3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (Plaza Rakyat)

4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Plaza Rakyat)

Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
GAras JalanPintu masuk/keluar, plaza stesen (mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan), hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
B1Aras LegarSambungan LRT Kelana Jaya dengan LRT Ampang/Sri Petaling
B2
Platform
KJ Arah Selatan5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ36  Putra Heights (Pasar Seni)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
KJ Arah Utara5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Dang Wangi)

Stesen ini terdiri daripada dua stesen berbeza yang disambungkan oleh laluan pejalan kaki: stesen LRT (STAR) Masjid Jamek dan stesen LRT (PUTRA) Masjid Jamek. Stesen LRT (STAR) Masjid Jamek adalah stesen bertingkat dimana ruang legar terletak di atas tanah. Stesen LRT (PUTRA) Masjid Jamek pula adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Sebuah laluan pejalan kaki disediakan menghubungkan kesemua platform di stesen Masjid Jamek. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif di kedua-dua stesen LRT.

Stesen LRT (STAR) Masjid Jamek mempunyai dua platform sisi di atas Jalan Tun Perak untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling manakala stesen LRT (PUTRA) Masjid Jamek mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya.

Pertukaran

Stesen LRT Pasar Seni dihubungkan melalui terowong pejalan kaki merentasi Jalan Tun Perak. Terowong ini menghubungkan platform 1 Laluan Ampang dan Sri Petaling (arah Sentul Timur) dengan ruang legar Laluan Kelana Jaya. Sebuah kompleks telah dibina dan dibuka pada 2006 bagi membolehkan penumpang dari Laluan Kelana Jaya (dan kini penumpang dari platform 1 Laluan Ampang dan Sri Petaling) dengan platform 2 Laluan Ampang dan Sri Petaling (arah Ampang atau Sri Petaling).

Hentian bas

Bas RapidKL laluan 180, 190 dan 851 berkhidmat di stesen ini. Bas Setara Jaya laluan BET5 dan BET6 berkhidmat di stesen ini pada waktu puncak sahaja. Selain itu, stesen ini juga terletak berhampiran dua hentian bas utama: Lebuh Ampang (100, 103, 104, 107, 120, 121, 122, 150, 151, 152, 170, 171, 173, 200, 202, 220, 250) dan Hab Medan Pasar (100, 103, 104, 107, 120, 121, 122, 150, 151, 152, 190, 250).